Select Menu

Random Posts

Teknologi

Panduan

Online Busines

agama

Pelancongan

Pertanian

» » Cara Menanam Tanaman Hidroponik


Istilah menanam menggunakan sistem hidroponik untuk saat ini menjadi sangat popular.Perkataan Hidroponik berasal daripada bahasa Yunani iaitu "hydro" yang bererti air dan "ponics" yang ertinya daya atau tenaga atau tenaga kerja. Jadi menanam dengan sistem hidroponik ertinya menanam menggunakan media air atau tenaga kerja air.Hidroponik juga dikenali sebagai soilless culture atau penanaman tanaman tanpa menggunakan media tanah. Jadi hidroponik bermakna penanaman tanaman yang memanfaatkan air dan tanpa menggunakan tanah sebagai media tanam atau soilless.


Menanam dengan teknik hidroponik bermakna kita bercucuk tanam dengan memperhatikan pada pemenuhan keperluan nutrisi bagi tanaman yang bersangkutan, atau istilah lain bercucuk tanam tanpa tanah tetapi menggunakan air yang mengandungi nutrisi yang diperlukan tanaman.Rupanya masyarakat sudah menyedari pentingnya keperluan baja bagi tanaman.Di mana pun tumbuhnya sebuah tanaman akan tetap dapat tumbuh dengan baik apabila nutrisi  yang diperlukan sentiasa mencukupi. Dalam konteks ini peranan tanah adalah untuk penyangga tumbuhan dan air yang ada merupakan pelarut nutrisi, untuk dapat diserap oleh tanaman.




Teknik Menanam hidroponik

Ada 6 cara untuk menanam dengan sistem Hydroponic, antara lain

1. Aeroponic system
2. Drip system
3. NFT
4. Ebb dan flow system
5. Water Culture system
6. Wick System

1.Aeroponic system
Sistem AEROPONIC merupakan sistem hydroponic yang paling canggih dan mungkin juga memberikan hasil terbaik serta paling cepat dalam pertumbuhan  berkebun Hydroponic. Hal ini mungkin kerana larutan nutrisi ini diberikan atau disembur berbentuk kabut langsung ke akar, sehingga akar tanaman lebih mudah menyerap larutan nutrisi yang banyak mengandung oksigen.Sementara tanaman sangat memerlukan nutrisi dan oksigen dalam pertumbuhannya.

2. Drip system
Sistem Titisan merupakan sistem hidroponik yang sering digunakan untuk ketika ini. Sistem operasinya mudah iaitu dengan menggunakan timer mengawal pam. Pada saat pam dihidupkan, pam menitiskan nutrisi ke masing-masing tanaman.Supaya berdiri tegak, Tanaman ditopang menggunakan sumber tanam lain seperti cocopeak, sekam bakar, pasir, dll selain tanah.




3.Sistem NFT(NUTRIENT FILM TECHNIQUE)


Sistem NFT ini adalah cara yang paling popular dalam istilah hidroponik. Sistem NFT ini secara terus menerus mengalirkan nutrisi yang terlarut dalam air tanpa menggunakan timer untuk keluar pam. Nutrisi ini mengalir kedalam takungan melalui akar-akar tumbuhan dan kemudian kembali lagi ke tempat takungan air, Sistem ini akan berfungsi begitu seterusnya.

4.Sistem EBB & FLOW SYSTEM
Sistem Ebb & Flow bekerja dengan cara membanjiri sementara bekas pertumbuhan dengan nutrisi sampai air pada tahap tertentu, kemudian mengembalikan nutrisi itu ke dalam tempat takungan, begitu seterusnya. Sistem ini memerlukan pam yang disambungkan ke timer.



5.Sistem Water Culture


Walter Culture merupakan sistem hidroponik yang sederhana. Bahan yang menyokong tumbuhan biasanya diperbuat daripada Styrofoam dan terapung terus dengan nutrisi. Pam udara akan mengepam udara ke dalam air stone yang membuat buih-buih sebagai supply oksigen ke akar-akar tanaman.





6.Wick System 

Wick system ini salah satu sistem hidroponik yang paling mudah sekali dan biasanya digunakan oleh kalangan pemula. Sistem ini termasuk pasif, kerana tidak ada part-part yang bergerak. Nutrisi mengalir ke dalam media pertumbuhan dari dalam bekas menggunakan sejenis sumbu.

























About Nazri slumber

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
This is the last post.

No comments

Leave a Reply