Select Menu

Random Posts

Teknologi

Panduan

Online Busines

agama

Pelancongan

Pertanian

» » » Semakan Saman Melalui Online


   



    Jika anda mahu menyemak Saman Trafik, PDRM, JPJ Dan AES Online Terkini (Check Traffic Summon Online ). Zaman teknologi yang canggih sekarang memudahkan kita untuk membuat pertanyaan, semakan ataupun perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan seharian kita secara online. Tidak terkecuali, sekarang anda boleh membuat semakan saman secara online untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui beberapa cara samada di laman web atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).
   Antara cara-cara yang biasa dilakukan oleh pengguna untuk membuat semakan saman secara online di Malaysia dengan mudah dan pantas adalah seperti berikut :
SEMAK SAMAN TRAFIK POLIS, JPJ DAN AES SECARA ONLINE
1. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :

Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.

    Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 atau
    POLIS SAMAN WWW1234
    Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
    POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
    Contoh:POLIS SAMAN 991111122222 jengo88@yahoo.com

* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima.

Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM
1) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini
2) Untuk belum mendaftar sila daftar di sini
3. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi
Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan
4. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

1) Taip JPJ your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734111 hantar ke 37773
2) Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

    Contoh:
    JPJ SAMAN 991111122155 atau
    JPJ SAMAN BBB1234
 5. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)
Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :


      Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad
 Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda
Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
    Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)
Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…
Kemudian anda boleh hantar

Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)

Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

Nasihat kepada semua, ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya.

About Nazri slumber

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply