Select Menu

Random Posts

Teknologi

Panduan

Online Busines

agama

Pelancongan

Pertanian

» » » Semakan Status BR1M 2016



Semakan status permohonan BR1M 2016

Semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 secara atas talian bagi pemohon baru dan penerima sedia ada boleh dilakukan untuk mengetahui keputusannya.

Walau bagaimanapun, semakan mungkin mengambil sedikit masa lantaran prosedur semakan oleh agensi yang terlibat terhadap maklumat pemohon seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 5.0

Langkah-langkah seperti di bawah boleh diikuti untuk membuat semakan keputusan.

Buka laman sesawang semakan status permohonan e-BR1M

Taip nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan.

Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

*Anda akan diminta untuk menjawab soalan keselamatan sebelum berjaya mengakses sepenuhnya ke sistem semakan.

SOALAN KESELAMATAN

Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status

Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang telah diisi oleh pemohon

Jika anda tersilap jawab, anda diberikan percubaan sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan

Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan

Contoh soalan keselamatan

Jika anda berjaya melepasi peringkat ini, anda dapat melihat status permohonan anda dan anda juga boleh mencetak lampiran tersebut.

Sekiranya anda menghadapi masalah sewaktu membuat semakan atas talian, anda boleh merujuk cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

Bawa bersama salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

TALIAN BANTUAN : Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian ini 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan)

About Nazri slumber

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply