Select Menu

Random Posts

Teknologi

Panduan

Online Busines

agama

Pelancongan

Pertanian

» » Tempat Percutian Menarik Di Melaka .Tarikan Terbaru 2016.

Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

Fakta menarik mengenai Melaka yang anda harus tahu, pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),  Kuala Lumpur.

Melaka terletak di Pantai Barat Daya Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, Melaka bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur.

Terdapat banyak tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah. Tempat bersejarah amat lah membosankan. Jikalau kita pelancong mungkin kita akan melawat dan pelajari mengenai sejarah Melaka seperti  Banda Hilir, Kota A’Famosa , Kota St. John , Gereja St. Christ dan sebagainya. Akan tetapi anda juga digalakkan untuk pelajari tentang sejarah Melaka untuk menimba ilmu pengetahuan.

Saya akan senaraikan tempat-tempat yang menarik ...

1.FREEPORT A’FAMOSA OUTLET VILLAGE


Pada 28th November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village telah diperkenalkan yang terletak di Alor Gajah.

Di fasa pertama nya, Freeport A’famosa Outlet Village telah menjangkau kira-kira 175,000 kaki persegi dan anda boleh membeli-belah sehingga anda puas.

Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

2.THE PIRATE ADVENTURE MELAKA
Bersediakah anda untuk menjadi Lanun? Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan seorang lanun yang sebenar di The Pirate Adventure. The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.



3.THE SHORE SKY TOWER

The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

4.MELAKA UPSIDE DOWN HOUSE
Sesuai dengan nama nya, semua benda di dalam dunia Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalam nya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!

5.MUZIUM KAPAL SELAM
Tempat menarik di Melaka yang terbaru adalah Muzium Kapal Selam. Ia nya adalah kapal selam yang sebenar.

Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang  dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini.

Anda boleh kunjung dan belajar mengenai sejarah kapal selam di Malaysia, keadaan dalam kapal selam dan cara bagaimana mana ia beoperasi di Muzium Kapal Selam ini.

Jika anda dan keluarga ingin menambah pengalaman bagaimana suasana menginap di dalam kapal selam ini, pihak muzium Melaka juga ada menyediakan pakej bermalam di Dalam Kapal Selam.

Jumlah minima peserta ialah 25 orang dan harga ialah RM 150 seorang. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di talian 06-281 4226
Itu sahaja untuk tempat menarik di Melaka. Jika anda ada tempat lagi menarik di Melaka yang anda ingin sampaikan boleh lah tinggalkan senarai di komen dan share artikel ini untuk semua orang tahu tentang tempat menarik di Melaka.


About Nazri slumber

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
This is the most recent post.
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply